Pelan Chat AirAsia WiFi

PERCUMA 3MB Pelan Chat​! Khas untuk kakitangan kerajaan sahaja

Akses Internet
Berhubung dengan yang tersayang pada 30,000 kaki di langit. Perkhidmatan yang boleh digunakan : WhatsApp, WeChat, LINE, Viber dan KakaoTalk


Cara-cara untuk bersambung dengan internet


Soalan lazim

  1. Apakah yang diperlukan untuk menggunakan perkhidmatan Wi-Fi ini?
    Anda perlu memiliki telefon bimbit atau tablet dengan keupayaan Wi-Fi untuk menggunakan perkhidmatan ini (komputer riba tidak disokong buat masa ini). Untuk menyambung, hanya aktifkan Mod Penerbangan pada peranti mudah alih anda dan bersambung ke AirAsia WiFi. Sebaik sahaja Wi-Fi berjaya disambungkan, anda akan dibawa secara automatik ke Portal AirAsia WiFi untuk mengaktifkan Pelan Chat AirAsia WiFi bagi mendapatkan akses Internet.

  2. Bilakah saya boleh mula menggunakan AirAsia WiFi semasa dalam penerbangan?
    Anda boleh mula menggunakan AirAsia WiFi sebaik sahaja pengumuman dibuat mengenai Wi-Fi di dalam pesawat atau apabila isyarat pasangkan tali pinggang keselamatan dipadamkan. Sila ambil maklum bahawa perkhidmatan ini akan dimatikan secara automatik apabila pesawat berada di bawah ketinggian 10,000 kaki.

  3. Bagaimana untuk mengetahui jika penerbangan saya dilengkapi perkhidmatan Wi-Fi?
    Anda akan lihat stiker “Wi-Fi Available” pada pintu kapal terbang dan belakang dulang makan di hadapan tempat duduk anda. Selain itu, anda boleh menyemak ketersediaan Wi-Fi, 8 jam sebelum penerbangan anda di laman web AirAsia WiFi (wifi.airasia.com).

  4. Bagaimanakah jika saya telah mencapai kuota data yang diperuntukkan?
    koneksi internet anda akan terus terputus apabila kehabisan kuota. Untuk bersambung, anda boleh membeli pelan internet AirAsia WiFi yang tersedia melalui kad kredit di laman Portal AirAsia WiFi.

  5. Jika saya belum menggunakan pelan tersebut, bolehkah saya menggunakannya dalam penerbangan saya yang seterusnya?
    Tidak boleh. Pelan Chat tersebut hanya boleh digunakan di dalam penerbangan yang ternyata berikut nombor tempahan penerbangan anda.


Terma dan syarat

  1. Promosi ini disediakan khas untuk penumpang pakej perjalanan komprehensif Waran Perjalanan Udara Awam AirAsia (WPUA AirAsia) sahaja.
  2. Kelayakan penggunaan hanya tertakluk kepada tiket penerbangan tempahan kelas WAKL dan WAK sahaja.
  3. Promosi ini sah bermula 1 Mei 2019 sehingga 31 Disember 2019.
  4. Servis AirAsia WiFi tersedia di penerbangan tertentu sahaja.
  5. Layari wifi.airasia.com untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan AirAsia Wi-Fi.
Check flight Wi-Fi

Flying soon?
Check if your flight has Wi-Fi.

*Information available 8 hours before flight only. AirAsia WiFi is available on selected AirAsia flights only.

YAY! Your upcoming flight has Wi-Fi!

Connect to AirAsia WiFi to enjoy FREE in-flight entertainment or buy a plan to get Internet access on board.

    Buy Plan

Oops! Maybe next time.

Sorry, your upcoming flight does not have AirAsia WiFi. We hope to serve you on your next flight!

Psst! Use promo code WEB3 to get MYR3 off when you purchase a Internet Plan by credit card on board (AK flights only).